NINO TOURS & TRAVEL SDN BHD
Nino Tours & Travel Sdn Bhd ditubuhkan pada 2008 sebagai agensi pelancongan perkhidmatan penuh masuk dan
keluar negara yang berpangkalan di Kuala Lumpur. Perkhidmatan kami termasuk, dari awal
ke akhir aturcara yang dibuat untuk lawatan pelancong yang kerap individu (FITs) dan kumpulan, pemindahan dari/ke lapangan terbang, pengangkutan darat, van, MPV dan bas sewa, pakej pelancongan
istimewa, tempahan hotel, konvensyen dan perancangan insentif serta formaliti
visa.
Walaupun perniagaan yang
ditubuhkan baru menjangkaui tempoh 7 tahun, Nino Tours & Travel telah
berjaya menubuhkan pelancongan ke dalam negeri dari pelbagai negara, serta mempunyai
jumlah pelancongan yang terbesar di pasaran Negara China, diikuti dengan Filipina, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan pasaran Laos. Kami merancang
untuk membangunkan Pasaran India pada masa akan datang.
Dengan
pelaburan lebih daripada RM3 juta pada 6 VIP dan 1 Super VIP bas dan van hasil
daripada lebihan pendapatan dan keuntungan yang diperolehi pada tahun-tahun
yang lepas, ia membolehkan kami untuk menyelaras semula strategi perniagaan
kami ke tahap yang lebih besar. Kami mempunyai polisi untuk menjual semula dan
menggantikan bas yang berumur tidak lebih daripada 7 tahun. Ini adalah untuk
memastikan kepercayaan dan keselesaan yang lebih untuk penumpang kami. Selain
itu, barisan pemandu kami juga adalah terdiri daripada mereka yang berpengalaman untuk memastikan keselamatan dan mudah
berfikir semasa dalam perjalanan. Tambahan pula,
teknologi yang lebih baru yang terdapat di dalam kenderaan akan membantu untuk
meningkatkan kecekapan bahan api dan mesra alam.
Matlamat utama kami adalah untuk melebarkan rancangan perniagaan keluar. Secara tidak langsung, kami menyediakan peluang bagi rakyat Malaysia yang ingin melancong ke luar Negara. September 2012 merupakan satu lagi kejayaan dimana NINO ONLINE SDN BHD (syarikat bersekutu Nino Tours & Travel Sdn Bhd) telah berjaya ditubuhkan. Objektif dan visi adalah untuk mengadaptasikan trend terkini iaitu perniagaan online untuk memudahkan pelanggan kami lebih pantas dengan kecekapan yang lebih baik dari segi tempahan hotel dan pakej pelancongan.
No comments:
Post a Comment